‘Talita Love’ Nama Diberi, Pelakon Raja Ilya Selamat Bersalin Bayi Perempuan

‘Talita Love’ Nama Diberi, Pelakon Raja Ilya Selamat Bersalin Bayi Perempuan

BAGAIKAN merasai satu keajaiban… Itu yang digambarkan oleh pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia pada Jumaat.

Ilya atau Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, turut mendedahkan bayi perempuannya itu diberi nama Talita Love

“Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love,” katanya.
Ilya turut memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Pelakon itu yang menetap di Perth, Australia bersama suami, Trent Garret yang dikahwininya pada 2018 turut memberitahu tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke Malaysia tahun hadapan.

“Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu

“Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” ujarnya yang turut membuka akaun Instagram untuk anaknya itu.

Dalam temu bual sebelum ini, Ilya memberitahu dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian mendapat tahu dirinya hamil. mSTAR

‘Talita Love’ Nama Diberi, Pelakon Raja Ilya Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker