Contohi gerakan koperasi di Jepun – Ismail

Contohi gerakan koperasi di Jepun – Ismail

Koperasi di negara ini diseru mencontohi gerakan koperasi di Jepun yang diletakkan di bawah Japanese Consumer Cooperative Union (JCCU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, JCCU merupakan gabungan 572 koperasi pengguna dan dianggotai oleh 22 juta orang berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM2.6 bilion pada tahun 2021.

Menurut beliau, gabungan koperasi itu bukan sekadar menguasai segmen pasaran dengan membekalkan barangan keperluan harian tetapi mampu menawarkan persekitaran yang lestari kepada komuniti setempat.

“Ini jelas membuktikan gerakan koperasi boleh memainkan peranan utama dalam menggerakkan ekonomi dan membantu negara menghadapi cabaran kos sara hidup.

“Saya yakin, gerakan koperasi boleh menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan penglibatan yang lebih ramai Keluarga Malaysia,” katanya berucap merasmikan Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, ketika ini terdapat sebanyak 14,834 buah koperasi berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan jumlah keahlian seramai 7.1 juta.

Ujarnya, gerakan koperasi juga mempunyai modal saham dan yuran terkumpul sebanyak RM16.5 bilion, dengan aset berjumlah RM155 bilion serta perolehannya mencecah RM37.9 bilion.

Katanya, beliau percaya angka itu boleh dipertingkatkan apabila kesedaran dan minat menyertai koperasi, menjadi satu gaya hidup yang akan menyumbang kepada kemakmuran sosio-ekonomi negara.

Dalam pada itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Tabung Agromakanan akan diletakkan di bawah SKM bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan khususnya penternakan ayam.

Jelas beliau, langkah itu akan membantu koperasi meningkatkan pengeluaran makanan, seterusnya mengurangkan masalah kenaikan harga barang yang memberi impak besar kepada Keluarga Malaysia.

Katanya, kerajaan turut bersetuju agar koperasi-koperasi diberi kuota pekerja asing supaya urusan perladangan dapat berjalan dengan lancar.

“Selain itu, kerajaan menyokong penubuhan Koperasi Rakyat BR 2.0 Malaysia Berhad atau BR 2.0, sebuah entiti koperasi yang baharu ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] dan dikawal selia oleh SKM.

“Penubuhan BR 2.0 turut membolehkan Keluarga Malaysia melabur dan memiliki saham dalam koperasi seperti mana Bank Rakyat dengan jangkaan pulangan yang baik,”jelas beliau.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi membiayai penganjuran aktiviti-aktiviti kolaborasi strategik bersama persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti penganjuran pameran dan ekspo. MG

Contohi gerakan koperasi di Jepun – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker