PDRM rampas Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis

 

SEPANG: Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Turut dirampas kunci kereta itu dan slip penyertaan pameran berkenaan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan tugas. Siasatan masih diteruskan,” katanya.
Beliau berkata pemilik kereta berumur 45 tahun yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil.

— BERNAMA
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker