Pemimpin UMNO kata jangan layan tuntutan Muhyiddin, Annuar Musa maklumkan tidak salah

Walaupun sebelum ini bekas PM Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO Dr. Asyraf Wajdi mempersoalkan kewajaran tuntutan Muhyiddin mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan beberapa jawatan Kabinet yang lain Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa tidak dianggap sebagai satu kesalahan.

Ini adalah kerana akhirnya ia akan dinilai dan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tidak salah untuk meminta tetapi asasnya adalah perlantikan Timbalan Perdana Menteri dan menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri.



“Saya rasa minta tak salah jadi terpulang kepada PM,” jelasnya yang ditemui selepas hadir pada majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia sempena sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di sini petang tadi.

Hari ini Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegur tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak pelantikan jawatan TPM, menteri dan timbalan menteri.

Menurutnya, desakan itu seharusnya tidak timbul apatah lagi rakyat berada dalam situasi sukar menghadapi kenaikan mendadak harga barang.

Pada Sabtu Muhyiddin dilaporkan telah membangkitkan perbincangan melibatkan lantikan TPM, menteri dan timbalan menteri dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.



 

Petikan dari Awani

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker