Zuraida dedah tawar PBM sertai PN

Zuraida dedah tawar PBM sertai PN

Pengganti presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Zuraida Kamaruddin, mendedahkan parti itu ada menawarkan diri menyertai Perikatan Nasional (PN) bagi mengukuhkan gabungan politik berkenaan.

Katanya, beliau menawarkan PBM untuk bersama PN demi memperkukuhkan gabungan itu sebagai parti berbilang bangsa yang dipimpin wanita.

Beliau yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi, juga mengesahkan parti itu belum menghantar permohonan rasmi menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Perkembangan itu, kita ketika ini saya masih belum masuk lagi surat permohonan untuk menganggotai BN dan Insya-Allah, dalam masa terdekat akan saya muktamadkan dengan kepimpinan tertinggi.

“Untuk muktamadkan, kita punya position (kedudukan) terhadap kemasukan ke BN. Kerana kita melihat bahawa dalam kerajaan sekarang adalah kerajaan BN dan PN.

“Tapi, saya tak tahu, PN itu selalu gaduh dengan BN, jadi, itu kerajaan sekarang. Saya dahulu ada offer (tawarkan) dengan PN untuk saya bersama mereka kerana saya hendak membantu memperkukuhkan mereka dengan sebuah parti multiracial (berbilang bangsa), parti yang dipimpin seorang wanita,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Pada 26 Mei, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai PBM. Zuraida menyertai Bersatu selepas dipecat daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Semalam, menurut laporan Bernama, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mengakui ada beberapa parti yang cuba “mengetuk pintu” untuk menyertai PN, namun pihaknya berhati-hati untuk menerima.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu sebelum ini mendesak kuota menteri dipulangkan semula kepada Bersatu, susulan tindakan Zuraida meninggalkan parti terbabit.

Terdahulu, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi pada Wacana Aspirasi Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, berkata, BN belum menerima permohonan rasmi daripada PBM untuk menyertai gabungan itu.

Ia susulan kenyataan Presiden PBM, Larry Sng dilaporkan berkata, permohonan parti itu untuk menyertai BN masih dalam proses.

Kata Larry, PBM memberi mandat kepada Zuraida untuk mengetuai delegasi dalam pertemuan serta rundingan dengan pemimpin parti lain, terutama berhubung perbincangan untuk membentuk kerjasama politik. FMT

Zuraida dedah tawar PBM sertai PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker