Ismail serah menteri, MTUC bincang kerja empat hari seminggu

Ismail serah menteri, MTUC bincang kerja empat hari seminggu

Perdana menteri menyerahkan kepada Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk membincangkan waktu bekerja empat hari dalam seminggu.

“Terserah kepada Kementerian Sumber Manusia untuk berbincang mengenai perkara itu…kita serahkan kepada menteri untuk bincang dengan MTUC,” kata Ismail Sabri Yaakob selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MTUC di Universiti Malaya.

Beliau mengulas adakah sektor pekerjaan khususnya jabatan kerajaan bersedia dengan saranan waktu bekerja empat hari dalam seminggu itu.

Jabatan Perkhidmatan Awam bulan lepas menubuhkan satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja itu, susulan tuntutan beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.

Ia bagi melihat berhubung sektor mana serta jumlah waktu minimum dan maksimum bekerja selaras dengan Akta Pekerja, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Shafiq Abdullah.

Pada 22 Jun, media melaporkan kaji selidik oleh syarikat Qualtrics mendapati, sejumlah 62% pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.

Ketika ini, Seksyen 60A Akta Kerja memperuntukkan majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk bekerja lebih 12 jam sehari termasuk kerja lebih masa, atau melebihi 10 jam secara berterusan, serta tidak melebihi 48 jam seminggu (dikurangkan kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan).

Bagi penjawat awam, Perintah Am Bab G memperuntukkan waktu bekerja penuh adalah dari 8 pagi hingga 4 petang (tidak termasuk satu jam 15 minit rehat) dan tidak boleh melebihi 12 jam sehari, manakala sebarang perubahan waktu bekerja perlu mendapat kelulusan ketua pengarah perkhidmatan awam. FMT

Ismail serah menteri, MTUC bincang kerja empat hari seminggu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker