Feri ke Langkawi ‘sangkut’ lagi

Feri ke Langkawi ‘sangkut’ lagi

Sebuah feri membawa 133 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi “tersangkut” berhampiran jeti Kuala Kedah kira-kira 4 petang tadi.

Kejadian itu kali kedua membabitkan feri tersangkut pada tali sauh kapal di kawasan Kuala Kedah dalam tempoh seminggu.



Dalam kejadian 23 Okt lalu, sebuah feri membawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut berhampiran jeti Kuala Kedah sekitar 4 petang.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Baharin Baharom, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Bahagian Operasi Ferrylines Ventures Sdn Bhd berikutan feri dijadualkan berlepas pada 4 petang dari Kuala Kedah itu tersangkut tali sauh.

Katanya, setakat ini operasi memindahkan semua penumpang dalam feri dilakukan dengan bantuan bot nelayan serta pasukan penyelamat.

“Ketika kejadian air laut berada pada paras ketinggian 2.1m.



“Semua penumpang tidak dapat meneruskan perjalanan ke Langkawi hari ini disebabkan air laut sudah semakin surut ketika ini dan pasang pada 12 tengah malam ini,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, penumpang feri ditempatkan di sekitar hotel di Alor Setar dan syarikat feri akan menampung segala kos penginapan kerana memahami mereka sudah membuat tempahan di Langkawi dan sebagainya.

Katanya, perjalanan ke Langkawi akan diteruskan pada 2 petang esok.

“Bagaimanapun penumpang yang hendak mendapatkan semula wang mereka, kita akan pulangkan.



“Kami akan berbincang dengan peguam kami untuk mendapatkan nasihat sama ada boleh menyaman kontraktor.

“Masalah ini memberi nama buruk kepada syarikat kami dan nama Pulau Langkawi serta kos ganti rugi dan pembaikan yang tinggi terpaksa dikeluarkan jika berlaku insiden seperti ini,” katanya.

Menurutnya, insiden sebelum ini tidak memberi pengajaran kepada semua pihak dan amat menyedihkan. FMT

Feri ke Langkawi ‘sangkut’ lagi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker