Lombong REE, SPRM buat tangkapan lagi

Lombong REE, SPRM buat tangkapan lagi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 50an itu adalah pembantu kepada pemilik syarikat dan dia ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.



Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Julai selepas perintah dikeluarkan oleh Majistret M Mageshwary, selepas SPRM mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, BH dimaklumkan, di mahkamah majistret sama, SPRM juga mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang lagi suspek wanita yang juga pengarah syarikat selama dua hari hingga Ahad ini.

“Wanita itu sebelum ini direman selama tiga hari sehingga hari ini, manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang turut direman dibebaskan pagi ini,” katanya.



Kelmarin, SPRM menahan reman seorang Ketua Pegawai Eksekutif MBI bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan dengan jumlah rasuah melebihi RM13 juta.

Turut ditahan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat dan kedua-duanya yang berusia 63 dan 40 tahun ditahan di Alor Setar dan ibu negara, semalam.

Sumber berkata, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh sebuah syarikat itu mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020.

Kata sumber lagi, hasil siasatan yang dijalankan SPRM mengesan terdapat beberapa pembayaran disyaki membabitkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat berkenaan.



“Ia adalah sebagai sogokan bagi melindungi kegiatan perlombongan haram ini dalam tempoh 2020 hingga 2023,” kata sumber. BH

Lombong REE, SPRM buat tangkapan lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker