Guru guna duit sendiri beli Starlink demi anak murid

KUALA LUMPUR: Seorang guru yang mengajar di pedalaman Sarawak puas dapat membeli peranti internet Starlink untuk membantu meningkatkan kebolehcapaian internet di situ.

Beliau teruja kerana berjaya membeli peranti berkenaan menggunakan wang poketnya sendiri.

Inisiatif pendidik yang disifatkan ‘tidak berkira’ itu tular di media sosial dan detik ‘bersejarah’ itu dirakam seorang pengguna TikTok.



Dalam perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok @amoimorni, memaparkan keterujaan mereka di situ untuk mendapatkan kit permulaan peranti berkenaan.

Dikhabarkan inisiatif guru itu bertujuan untuk memudahkan kerjanya sebagai pendidik di kawasan pedalaman memandangkan menghadapi kekangan dari segi capaian internet di situ.

Dalam video yang lain di platform media sosial sama, guru itu ada memberitahu bahawa pembelian peranti internet Starlink itu adalah hasil usahanya sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.

Namun begitu, beliau menghargai usaha kerajaan untuk membawa masuk peranti berkenaan ke negara ini.



“Kami beli sendiri ya. Walaupun beli sendiri tetap kredit kepada pihak yang bawa masuk Starlink ke Malaysia.

“Ia dapat memudahkan kami untuk mendapat capaian (internet) yang baik,” tulisnya di kapsyen video terbabit.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata harga yang ditawarkan bagi perkhidmatan internet satelit oleh Starlink antara yang kompetitif, berbanding perkhidmatan seumpamanya yang tersedia di negara ini.



Memetik kenyataan yang dibuat pada bulan lalu, Fahmi berkata kementerian bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat penilaian terlebih dahulu, khususnya membabitkan isu kos, sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan Starlink.

Kerajaan juga bersetuju memilih Starlink untuk mengatasi masalah akses internet di kawasan terpencil, selepas mendapati ia selaras dengan program Akses Jalur Lebar Tanpa Wayar di bawah kementerian berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur



“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker