Bergaduh tak mahu pulang kereta sewa

Bergaduh tak mahu pulang kereta sewa

AMPANG – Gara-gara enggan memulangkan kereta yang disewa, lima lelaki tempatan terlibat dalam pergaduhan di tapak pasar berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Indah di sini.

Bagaimanapun kesemua individu itu berjaya ditahan polis untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin di Pandan Indah.

Katanya, ketika sedang membuat rondaan, sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) telah menerima maklumat berkaitan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki pada jam 12.35 tengah malam.

“Sampai di lokasi, pasukan polis mendapati lima lelaki sedang bergaduh.

“Akibat kejadian itu, salah seorang daripada mereka lebam di muka dan dahi, dia telah mendapat rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan tengahari tadi.

Tambah Mohamad Farouk, siasatan awal polis mendapati punca pergaduhan itu dipercayai akibat sewaan kereta yang tidak dipulangkan.

Katanya, kesemua suspek lelaki berusia 22 hingga 41 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan lanjut.

Kes sedang disiasat polis di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. MG

Bergaduh tak mahu pulang kereta sewa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker