PM boleh wujudkan kementerian baru buat Zuraida – Muhyiddin

PM boleh wujudkan kementerian baru buat Zuraida – Muhyiddin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak berganjak dengan pendirian bahawa kuota Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah milik parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh mewujudkan kementerian baharu buat Zuraida namun kuota menteri sedia ada itu harus kekal kepada Bersatu.

“Dia nak lantik Zuraida jadi (jawatan) apa pun itu hak dia tapi kuota itu Bersatu punya, dia (Perdana Menteri) tak boleh kata ambillah.

“Manalah tahu dia nak wujudkan satu kementerian untuk Zuraida jadi apa pun itu hak dia,” katanya dalam sidang media selepas program di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Bersatu akan memanggil Ahli Bersekutu Bersatu, Willie Mongin mengenai dakwaan beliau akan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Jelas Muhyiddin, pihaknya telah meminta Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Pucak Borneo itu.

“Saya percaya kalau Willie dapat jumpa dengan Azmin lepas itu jumpa saya kita akan dapat leraikan apa-apa yang berbangkit. Yang penting saya fikir kita beri dia sokongan beri jawatan, tak faham kalau ada tujuan lain. seeloknya dia bincang macam anak beranak, leraikan secara bersama,” katanya.

Willie sebelum ini menegaskan, dirinya telah memohon untuk menyertai PBB yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau yang sebelum ini menyertai Bersatu berkata, permohonan untuk menyertai parti itu sudah dikemukakan beliau beberapa bulan lalu namun belum mendapat sebarang keputusan. MG

PM boleh wujudkan kementerian baru buat Zuraida – Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker