Faziani Dnars mati dibunuh?

Faziani Dnars mati dibunuh?

KOTA BHARU: Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang meninggal dunia pada 18 Mei 2019, tampil membuat laporan polis menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham.

Laporan polis itu dibuat jam 1 tengahari tadi di Balai Polis Tumpat selepas tiga tahun kematian pengasas produk berkenaan.

Ahli keluarga Allahyarham ketika dihubungi mengesahkan membuat laporan polis bagi menuntut siasatan lanjut terhadap kematian Allahyarham yang disyaki ada unsur lain.

“Selepas kematian Allahyarham, kami ahli keluarga melantik peguam untuk mendapatkan maklumat dan hasil dapatan peguam terbabit, mendapati kematian Allahyarham diragui.

“Kami mengesyaki kematian Allahyarham bukan disebabkan kemalangan semata-mata sebaliknya ada unsur lain yang menyebabkan kami tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan dibuat, saya juga sudah memberi keterangan kepada pihak polis hari ini dan kami berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat keluarga Allahyarham.

Katanya, pihaknya akan merujuk laporan berkenaan ke Bahagian Perundangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terlebih dahulu memandangkan kes berkenaan berlaku di Thailand.

Media sebelum ini melaporkan, Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia, manakala suaminya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Faziani Rohban maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suaminya, Shah Rizal Ibrahim, cedera.

Kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dan sebuah lori.

Allahyarham dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan. BH

Faziani Dnars mati dibunuh?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker