Bertumbuk sebab tidak bagi laluan

Bertumbuk sebab tidak bagi laluan

Dua lelaki tular bertumbuk di tengah jalan raya selepas salah seorang daripada mereka menghalang dan enggan memberi laluan kepada beberapa motosikal untuk meneruskan perjalanan di Persiaran Kerjaya Glenmarie, Seksyen U1 di sini pada Isnin.

Sebuah klip video yang dirakam seorang pemandu lain berdurasi 22 saat tular di media sosial memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan bertumbuk berhampiran pembahagi jalan di laluan yang sesak tersebut sebelum dileraikan orang awam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, penunggang motosikal berusia 31 tahun yang bekerja sebagai jururunding di Subang Business Centre telah hadir membuat laporan pada Isnin.

“Siasatan awal mendapati pada 13 Jun sekitar jam 7.15 petang berlaku pertengkaran mulut apabila suspek seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa dan penunggang yang lain tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Pertengkaran mulut berlaku disusuli dengan pergaduhan akhirnya dileraikan oleh orang ramai,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kedua-duanya lelaki berkenaan bagaimanapun bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik dan mangsa telah menarik balik laporan polis berkenaan.

“Mangsa dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut. Pengadu juga telah buat laporan polis untuk tarik balik laporan yang dibuat sebelum ini,” katanya. Sinar

Bertumbuk sebab tidak bagi laluan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker