Resepi fettucini aglio olio



Resepi fettucini aglio olio

Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata tukar selera dan cuba resipi fettucini aglio olio yang sedap ini. Sekali makan pasti nak lagi.

Pastinya ramai dah cuba masak dengan berbagai resepi yang ada, tapi resepi ini special sikit.

Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN




1 paket pasta fettucini | rebus lembut
500 gm udang sederhana besar | buang kulit
2 ulas bawang putih | cincang halus
3/4 cawan daun parseli | cincang kasar
3 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar jus lemon
1 kiub ayam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

1.Panaskan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang putih.
2.Kemudian masukkan udang. Goreng hingga udang bertukar warna.
3.Perisakan dengan perahan jus lemon, kiub ayam, sedikit serbuk lada putih dan juga garam. Kacau rata.
4.Akhir sekali masukkan fettucini dan juga daun parseli. Gaul sebati. Hidangkan.

Resepi:Hanieliza Kamaruddin

Dah siap jangan lupa jamu keluarga dan kawan-kawan. Semoga masakan anda menjadi dan disukai.




Resepi fettucini aglio olio


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam



Leave a Reply

Your email address will not be published.