Kelantan benar pembalakan di hutan simpan kekal – Mohd Amar

Kelantan benar pembalakan di hutan simpan kekal – Mohd Amar

Aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri yang didedahkan baru-baru ini adalah berlesen, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata, pembalakan berlaku sejak sekian lama memandangkan itu adalah sebahagian hasil kerajaan negeri.



“Walaupun pembalakan dibenarkan, namun ia terikat dengan peraturan dan tidak boleh melebihi catuan tebangan tahunan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

“Syarikat yang melakukan aktiviti pembalakan ini perlu mematuhi peraturan, iaitu kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Semua yang kita lakukan di HSK Nenggiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan Kelantan juga tidak pernah membuat tebangan balak melebihi catuan tebangan tahunan yang ditetapkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Amar berkata, pembalakan tidak perlu diperbesar kerana itu bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlaku sejak sekian lama dan menjadi pendapatan kepada kerajaan negeri.



Katanya, kerajaan negeri tidak menafikan berlaku kecurian balak di Kelantan, namun perkara itu akan disiasat oleh Jabatan Perhutanan, sekiranya mendapat laporan.

“Isu curi balak bukan saja berlaku di Kelantan, sebaliknya di semua negeri. Jika ada laporan kecurian, kita akan siasat dan ambil tindakan.

“Bila berlaku kecurian, tidak patut menteri besar atau kerajaan negeri yang dipersalahkan. Sebagai contoh anak yang mencuri, takkan kita boleh kata ayahnya yang salah, sedangkan anak yang mencuri. Begitu juga dengan isu curi balak,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Save Kelantan, Husam Musa yang juga bekas exco negeri mendedahkan kompartmen 26 di HSK Nenggiri diwartakan sebagai hutan dara perlindungan, namun diluluskan untuk pembalakan kepada anak syarikat kerajaan negeri, Daulah Najah Sdn Bhd.



Beliau turut mendakwa, wujud kes “kecurian” balak di kawasan bersebelahan, iaitu kompartmen 25, yang membabitkan anggaran kerugian sehingga RM5 juta.

Mengulas mengenai kecurian kompartmen 25, Amar berkata, pihaknya difahamkan Jabatan Perhutanan sudah menyita balak terbabit untuk siasatan lanjut. FMT

Kelantan benar pembalakan di hutan simpan kekal – Mohd Amar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato



India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker