Khairy seorang saja sayang Umno, rakyat?

Khairy seorang saja sayang Umno, rakyat?

Oleh Elias Basuki

Peminat politik tanah air tahu Khairy Jamaluddin antara pemimpin Umno yang tidak mahu pilihan raya umum (PRU) disegerakan, walau usul itu mendapat sokongan kalangan akar umbi dan pimpinan utama parti.



Minggu lalu, menteri kesihatan itu sekali lagi memberikan faktor pemulihan ekonomi dan Covid-19 sebagai faktor PRU tidak patut diawalkan.

“Bantahan” Khairy itu mungkin tidak disukai oleh musuh politiknya, tetapi ia sebahagian proses meraikan demokrasi dalam Umno, justeru perlu diambil kira.

Cuma, Khairy tidak berhenti di situ. Beliau juga berkata, mereka yang mahu PRU disegerakan tidak memikirkan soal persiapan untuk memastikan kemenangan.

“Mereka yang mahukan PRU diadakan sekarang, tidak berfikir mengenai mempersiapkan jentera, sumber…dan, senarai calon untuk bertanding,” kata Khairy ketika dalam rangka lawatan di Singapura, 2 Jun lalu.



Seperti yang sedia maklum, antara yang mahukan PRU disegerakan ialah presiden parti, timbalannya, kalangan ahli Majlis Kerja Tertinggi, pemimpin di peringkat negeri, dan akar umbi.

Malah perhimpunan khas Umno meluluskan usul menangguh pemilihan parti sehingga enam bulan bagi membolehkan PRU diadakan terlebih dahulu.

Maka, adakah Khairy menuduh pemimpin seperti Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, dan ramai lagi sebagai tidak mementingkan parti mahu pun rakyat kerana mahu PRU disegerakan?

Apa benarkah mereka ini “suka-suka” mendesak PRU diawalkan tanpa perancangan untuk Umno-Barisan Nasional memenanginya?



Apa perlu Khairy melontar tuduhan sebegitu dan apakah asas beliau berbuat demikian? Tidak perlu dan tidak berasas.

Kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu hanya bersifat prejudis malah buruk sangka terhadap kepimpinan tertinggi Umno.

Khairy sering diangkat penyokongnya sebagai antara segelintir menteri yang berkebolehan, khususnya dalam kerajaan yang lemah atau “mediocre at best,” sejak Mac 2020.

Mungkin ia kerana beliau petah bertutur Bahasa Melayu dan Inggeris. Mungkin tidak lebih daripada itu, mungkin juga tidak.



Apa pun, Khairy perlu berpada-pada dalam melontar pandangan dan kritikan agar tidak dilihat sebagai pemimpin angkuh, ketika Umno memerlukan imej sebaliknya.

Rasanya, tidak perlu dihuraikan asas hujah-hujah yang diberikan oleh pemimpin tertinggi Umno mahu PRU diawalkan. Ia sudah pun tertera dan dikupas panjang lebar di media.

Memadai dirumuskan bahawa asas hujah itu didirikan atas keinginan memastikan Umno dan Barisan Nasional cemerlang pada PRU15 untuk menawarkan semula sebuah kerajaan stabil dan didokong rakyat.

Hakikat sekarang ialah kerajaan “campuran” Ismail Sabri Yaakob, seperti kerajaan terdahulu pimpinan Muhyiddin Yassin, tidak dilantik atas mandat rakyat dan dibelenggui politik kepartian dan individu.



Ini menggugat kestabilan politik sehingga kerajaan tidak berupaya menggubal dan melaksanakan dasar berkesan untuk menangani keluhan rakyat.

Tentunya, Khairy bukan satu-satunya “hero” yang sayang Umno, memikirkan strategi menang PRU, dan ambil peduli nasib rakyat.

Justeru, tak perlu beliau meremehkan rakan seperjuangan hanya kerana tidak bersetuju PRU diawalkan.

Ada baiknya juga beliau ikut resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi. FMT



Khairy seorang saja sayang Umno, rakyat?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker