Kerajaan Selangor tebas hutan tanam jagung, dibantah Otai Reformis

Kerajaan Selangor tebas hutan tanam jagung, dibantah Otai Reformis

Otai Reformis 1998 menentang cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membersihkan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan untuk membangunkan projek tanaman jagung bagi tujuan pembekalan makanan ayam negara ini.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, projek secara ‘adhoc’ tanpa perancangan jangka panjang yang rapi ini bakal mengorbankan status hutan simpan tersebut.

“Setelah harga jagung di pasaran dunia stabil dan berlaku lambakan jagung, projek ini tidak relevan lagi kerana bekalan jagung untuk makanan ayam boleh diperolehi pada harga murah di pasaran terbuka.

“Ini adalah helah Kerajaan Negeri untuk menyahwartakan status hutan simpan tersebut dengan alasan keperluan kecemasan bagi menyediakan makanan ayam.

“Apabila tiada lagi keperluan, pasaran terbuka lebih murah, maka projek penanaman jagung ini akan dihentikan dan seterusnya status tanah ini akan ditukar kepada status komersial untuk pembangunan bercampur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Razak juga mendakwa, langkah ini merupakan percubaan kedua Kerajaan Selangor untuk membangunkan hutan simpan dengan alasan keperluan kecemasan setelah gagal membangunkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas 1,326 ekar tahun lepas.

“Sepatutnya Kerajaan Negeri menggunakan kawasan tanah lombong yang luas milik anak syarikat GLC di Bestari Jaya atau di kawasan Fruit Valley Ijok Kuala Selangor untuk projek penanaman jagung.

“Tetapi Otai berasa curiga kenapa Kerajaan Negeri berkeras untuk menggunakan tanah hutan simpan tersebut.

“Setakat 21 Januari 2022, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempunyai bank tanah seluas 2,417 hektar yang masih belum digunakan dan sewajarnya ia digunakan untuk projek tanam jagung ini,” katanya.

Otai masih menagih janji Menteri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang sepatutnya telah dibuat sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu.

Sementera itu, Otai juga membidas Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim merangkap Pengerusi SELCAT kerana menolak permohonan NGO itu untuk mengadakan satu pendengaran awam bagi merungkai isu nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

“Otai rasanya telah berlakunya salah tata kelola dan pelanggaran beberapa prosedur dalam proses nyahwarta (de-gazette) hutan simpan tersebut dan sewajarnya salah tata kelola tersebut dapat dirungkaikan dalam pendengaran tersebut.

“Kegagalan SELCAT untuk mengadakan pendengaran ini maka unsur-unsur pengajaran agar perkara sama tidak berlaku lagi di masa akan datang.

“Tapi sedihnya selepas insiden nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara berlaku lebih lapan bulan lepas, maka hari ini kita didedahkan dengan isu tanam jagung dalam Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pula,” katanya. MG

Kerajaan Selangor tebas hutan tanam jagung, dibantah Otai Reformis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker