Elyana Masih Jalani Kemoterapi Walaupun Sudah Bebas Kanser, ‘Saya Hutang Lagi Dua’ [VIDEO]

Elyana Masih Jalani Kemoterapi Walaupun Sudah Bebas Kanser, ‘Saya Hutang Lagi Dua’ [VIDEO]

UMUM mengetahui yang penyanyi dan pelakon Elyana sudah bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dideritai sejak 11 tahun lalu.

Sungguhpun begitu, menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Elyana mengakui masih lagi ‘berhutang’ rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit berkenaan.

VIDEO DIBAWAH:-

“Hari ini adalah kemoterapi saya yang saya hutang lagi dua. Jadi kenapa saya buat kemoterapi?

“Ramai yang tanya. Kerana saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk habiskan dua lagi baki kemoterapi yang sepatutnya saya habiskan.



“Jadi hari ini merupakan hari yang sesuai (untuk menyambung semula rawatan),” kongsi Elyana di Instagramnya.

Justeru, menerusi perkongsian seterusnya, Elyana memberitahu yang proses rawatan kemoterapinya telah berjaya dan dia mempunyai baki satu lagi rawatan yang perlu diselesaikan.

“Alhamdulillah! Selesai chemo… ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus… hati, paru-paru semua cun. Tapi darah merah je kurang sikit bacaan 11.

“Tapi banyak beza… masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah. Terima kasih kepada yang selalu menderma darah, tak ternilai jasa anda. Love you!” tulisnya.



Untuk rekod, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 pada 2017.

Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, dia menghidap kanser sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.-GEMPAK

Elyana Masih Jalani Kemoterapi Walaupun Sudah Bebas Kanser, ‘Saya Hutang Lagi Dua’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker