Lelaki tetak rakan tak beri pinjam duit

Lelaki tetak rakan tak beri pinjam duit

Seorang lelaki ditahan kerana melanggar dan menetak rakan enggan meminjam wang kepadanya dalam kejadian dekat sebuah klinik di pekan Bukit Pelandok, Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata mangsa 33 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan parah.



Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson menahan suspek di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah pada 1.50 pagi dan merampas sebilah parang digunakan untuk mencederakan mangsa.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang berada bawah pengaruh alkohol melanggar mangsa, sebelum menyerangnya dengan parang.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah serta masih dikehendaki bagi satu kes dadah,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan direman enam hari mulai hari ini untuk disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. FMT



Lelaki tetak rakan tak beri pinjam duit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot syarikat pro Israel di Malaysia sehingga mereka lakukan ini



Janna tanya Ruhainies datang majlis nak menyondol ke?

Irene dedah status hubungan dengan Syamsul Yusof



Cikgu Siva buat kolam Deepavali bendera Palestin (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker