Neelofa sekeluarga bakal berhijrah ke Tanah Arab

Neelofa sekeluarga bakal berhijrah ke Tanah Arab

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan bakal berhijrah ke Tanah Arab.

Mendedahkan perkara itu, Noor Neelofa Mohd Noor 33 berkata, beliau akan berada di sana untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kerana suaminya Haris Ismail ingin menyambung pelajaran di sana.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah Arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika muncul dalam rancangan Nona, hari ini.

Dalam masa yang sama, Neelofa berkata beliau juga berhasrat untuk mendedahkan anak lelakinya Muhammad Bilal dengan kepada persekitaraan di Arab.

Beliau juga berkata ingin mengambil peluang untuk bahasa Arab.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al-Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya dan kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” tambahnya. MG

Neelofa sekeluarga bakal berhijrah ke Tanah Arab


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker