Kerajaan tambah baik program perlindungan sosial, pastikan rakyat tidak tercicir

Kerajaan tambah baik program perlindungan sosial, pastikan rakyat tidak tercicir

Kerajaan sentiasa menambah baik program agenda perlindungan sosial bagi memastikan setiap rakyat tidak tercicir dalam arus pembangunan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah melaksanakan fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia pada bulan lepas, melibatkan 80 lokaliti bandar, luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli bagi membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.



“Kehidupan rakyat miskin dan berpendapatan rendah terus dibela, supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa,” katanya ketika berucap sempena majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, beberapa siri lawatan yang dilakunya ke luar negara baru-baru ini jelas membuktikan jalinan kerjasama yang baik serta hubungan diplomatik yang kukuh di antara Malaysia dengan negara-negara luar.

Tambah beliau, Malaysia akan terus menyuarakan pendirian dalam menjaga kepentingan dan kedaulatan negara serta membawa suara keamanan sejagat di arena antarabangsa.

“Kerajaan Tuanku juga akan terus bekerja dalam semangat keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sebagai Keluarga Malaysia yang merentasi fahaman politik dan ideologi demi kesejahteraan semua,” ujarnya.



Katantya, segala cabaran akan terus didepani bersama secara kolektif, dengan mencari titik persamaan dan mengenepikan perbezaan. MG

Kerajaan tambah baik program perlindungan sosial, pastikan rakyat tidak tercicir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker