Harga ‘Ikan Rakyat’ Di Sekinchan, Sungai Besar Jauh Lebih Murah Dan Berpatutan- Jamal

Harga ‘Ikan Rakyat’ Di Sekinchan, Sungai Besar Jauh Lebih Murah Dan Berpatutan- Jamal

SUNGAI BESAR: Orang ramai terutama penduduk di Lembah Klang yang ingin mendapatkan ‘ikan rakyat’ digalak berbelanja di Pasar Awam Sungai Besar dan Sekinchan berikutan harganya jauh lebih murah berbanding pasar awam lain di negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, tinjauan beliau pada Sabtu dan Ahad di pasar awam itu mendapati harga ikan segar masih berpatutan.

Beliau turut memberitahu, ramai pengunjung yang ditemui memaklumkan mereka menetap di Lembah Klang dan datang ke pasar awam itu semata-mata ingin mendapatkan ikan segar pada harga murah.

“Pelanggan yang datang berbelanja ke Pasar Awam Sungai Besar dan Sekinchan biasanya membeli dan menyimpan stok kerana harga yang berpatutan.

“Tidak hairanlah kawasan sekitar Sekinchan dan Sungai Besar sentiasa sesak dengan pengunjung terutama pada cuti hujung minggu dan cuti persekolahan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan harga ikan dan bertemu peniaga di Pasar Awam Sungai Besar di sini pada Ahad.

Beliau turut memberi contoh harga ikan seperti kembung, cencaru dan sardin dijual antara RM8 sekilogram hingga RM12 sekilogram bergantung kepada saiz.

Tambah Jamal, selain aktiviti pelancongan yang menarik di Sekinchan ini, penduduk boleh berbelanja barangan dapur dan barangan basah pada harga murah.

Justeru, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengadu kononnya harga ikan mahal dan melambung tinggi di dua pasar awam terbabit seperti yang diterima sebelum ini.

“Sebenarnya harga ikan di kedua dua pasar awam ini masih lagi terkawal malah ramai orang luar berbelanja.

“Di sebalik dakwaan harga ikan melambung tinggi, rakyat seharusnya berfikir bagaimana nelayan yang menangkap ikan di laut.

“Kebanyakan ikan ditangkap nelayan tempatan dan terus dijual kepada peniaga di sini,” jelasnya.

Ujarnya, kenyataan beliau mengenai harga ikan murah dan munasabah bukan untuk mempertahan peniaga dan kerajaan tetapi ingin menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.

“Kita berharap harga ikan ini dapat dikekalkan dan mungkin lebih murah lagi pada masa akan datang.

“Mungkin ramai beritahu harga ikan seperti kembung RM20 sekilogram dan cencaru RM24 sekilogram ini disebabkan mereka membelinya di pasar raya atau pasar raya besar dan itulah nilai terpaksa mereka bayar kerana tidak mahu bau ikan dan bersesak di pasar basah.-SH

Harga ‘Ikan Rakyat’ Di Sekinchan, Sungai Besar Jauh Lebih Murah Dan Berpatutan- Jamal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker