Tarian separuh bogel di I-City: 11 lagi ditahan

Tarian separuh bogel di I-City: 11 lagi ditahan

Seramai 11 lagi saksi ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan lelaki berperwatakan wanita menari separuh bogel di rumah terbuka Aidilfitri di I-City, Shah Alam, bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata daripada jumlah itu enam direman termasuk seorang dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan manakala lima lagi terdiri pengunjung majlis berkenaan.



Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan dua lagi suspek dalam kes itu.

“Setakat ini kami telah menahan pihak yang menganjur dan mengenal pasti penari terlibat dalam tarian separuh bogel itu.

“Polis juga sudah mengenal pasti motif penganjuran majlis itu yang bertujuan menarik perhatian orang ramai,” katanya menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, tular video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita menari separuh bogel dan membakar bunga api dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City, 27 Mei lalu. FMT



Tarian separuh bogel di I-City: 11 lagi ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker