Remaja terselamat selepas nekad tumbuk kepala buaya

Remaja terselamat selepas nekad tumbuk kepala buaya

NEW DELHI – Seorang remaja lelaki di India berjaya melepaskan diri dari gigitan seekor buaya apabila menumbuk kepala reptilia itu, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Om Prakash Sahoo, 14, berada bersama rakan-rakannya di sungai Kani di India apabila haiwan itu menerkam lalu menariknya ke dalam air.



Remaja yang ketakutan itu bagaimanapun mengumpul keberanian untuk memukul kepala buaya sepanjang 2.13 meter itu.

Dia terpaksa bertarung selama lebih 10 minit untuk melepaskan diri daripada gigitan sebelum akhirnya berjaya melepaskan diri.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital sebelum dipindahkan ke pusat perubatan daerah Kendrapara Odisha, di mana dia kekal dalam keadaan stabil.

Ini adalah kejadian kali ketiga dalam tempoh sebulan seekor buaya telah menyerang seseorang di dalam dan sekitar Taman Negara Bhitarkanika di daerah Kendrapara, lapor NDTV. K Online



Remaja terselamat selepas nekad tumbuk kepala buaya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN



Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker