Kamu bukan ahli MKT, Puad bidas Annuar

Kamu bukan ahli MKT, Puad bidas Annuar

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berhubung tiada tarikh tamat bagi memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) tidak tepat, kata Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, lima pimpinan teratas parti sudah memutuskan tidak akan ada MoU 2.0 bersama pembangkang selepas 31 Julai ini.

“Itu bermakna MoU kerajaan-PH tetap tamat pada 31 Julai 2022 ini. Keputusan itu disahkan oleh MKT dalam mesyuarat yang lepas.

“Ia tidak akan disambung. Ia adalah muktamad. Mungkin Annuar Musa tidak baca atau mengikuti keputusan tersebut. Lagipun beliau bukan ahli MKT,” katanya dalam kenyataan.

Puad berkata, tidak ada kewajaran untuk Umno menyambung MoU memandangkan PH tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian persefahaman itu.

Katanya, MoU itu hanya membantu untuk memanjangkan hayat PH dan tidak sama sekali membantu dalam menstabilkan politik negara.

“Ia tidak banyak membantu kestabilan politik negara, politiking tetap berlaku,” katanya.

Menurutnya, Annuar tidak wajar membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti, manakala Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob selaku lima pimpinan MKT juga seharusnya patuh kepada keputusan parti.

“Lebih baik dia (Annuar) patuh dan taat kepada keputusan parti,” katanya.

Terdahulu, Annuar berkata tiada tarikh tamat bagi MoU kerajaan dan PH.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu berkata, perjanjian berkenaan menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan PRU15 sebelum 31 Julai ini.

“Mou itu tiada tarikh tamat, banyak orang silap faham. Itu kena perbetulkan, yang ada tarikh akhir itu tarikh pilihan raya (umum) dipersetujui tidak diadakan sebelum akhir Julai, sebelum 31 Julai,” katanya. FMT

Kamu bukan ahli MKT, Puad bidas Annuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker