Pemuda UMNO ingatkan Sanusi jangan selesa jadi MB pintu belakang

Pemuda UMNO ingatkan Sanusi jangan selesa jadi MB pintu belakang

Pelantikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai Menteri Besar Kedah, bukan kerana Pas menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebaliknya, menurut Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, pelantikan itu atas nasibnya baik selepas berlaku huru hara dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata beliau, nasibnya bertambah baik apabila Pesuruhjaya Pas Kedah, Ahmad Yahya kalah dalam pertandingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada PRU14.

“Atas dua sebab ini, maka Allah takdirkan Muhammad Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah mengikut hierarki partinya, bukan soal siapa atau parti mana yang boleh menang untuk “kalut” mengadakan pilihan raya.

“Selaku pemimpin politik yang bertanggungjawab, beliau harus tahu demokrasi sewajarnya dikembalikan kepada rakyat setelah dikhianati dan ditipu hidup-hidup oleh PH pada PRU14 yang lalu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Syed Mohd Johan Rizal yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Setar berkata, selesa sangatkah kerusi Menteri Besar itu pada Muhammad Sanusi yang diperoleh tanpa mandat rakyat?

Katanya, empuk kerusi menteri besar itu menyebabkan Muhammad Sanusi lupa pada prinsip demokrasi yang menetapkan sesebuah kerajaan itu ditadbir oleh pihak yang benar-benar diyakini dan diberi mandat oleh rakyat.

“Seronok sangatkah Sanusi jadi menteri besar pintu belakang hingga lupa pada tanggungjawab itu?

“Dia juga harus tahu jawatan itu atau kedudukan politik bukanlah satu tiket baginya atau siapa sahaja untuk lupa kebertanggungjawaban kepada prinsip demokrasi dan hak memilih rakyat negeri Kedah serta seluruh negara.

“Mungkin benar kerusi itu empuk, namun menafikan hak dan mandat rakyat itu akan ditanya Allah di akhirat kelak. Lainlah jika Sanusi sendiri sudah kemaruk dengan kerusi empuk yang diperoleh secara percuma itu,” ujarnya.

Beliau berkata, kestabilan politik dan kerajaan adalah penting bagi pembangunan sesebuah negara atau negeri untuk mengembalikan kestabilan sesebuah negara atau negeri yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Paling utama, katanya, bukan soal siapa atau parti apa, tetapi lebih kepada sifat solidariti kemuafakatan parti yang membentuk sebuah pasukan kerajaan yang diyakini dan menjadi pilihan rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen negara. MG

Pemuda UMNO ingatkan Sanusi jangan selesa jadi MB pintu belakang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker