4 bidang utama dalam Bajet 2023 menjadi fokus kerajaan

4 bidang utama dalam Bajet 2023 menjadi fokus kerajaan

Kerajaan akan mempertingkatkan empat bidang utama yang terdiri daripada tadbir urus, penyampaian perkhidmatan awam, pengurusan risiko bencana dan pengukuhan daya tahan kesihatan awam dalam Bajet 2023 yang akan datang.

Menurut Penyata Pra-Bajet 2023 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan dan kemajuan pelaksanaan oleh agensi berkaitan dipantau secara konsisten bagi memastikan inisiatif tersebut selari dengan pelaksanaan NACP.

Menurut kenyataan itu, usaha berterusan bagi mengukuhkan tadbir urus sektor awam dan meningkatkan inisiatif pembaharuan institusi, NACP telah dilancarkan pada 2019 untuk memerangi rasuah dan meningkatkan integriti.

“Pelan lima tahun itu menggariskan enam bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan iaitu tadbir urus politik, pentadbiran sektor awam, perolehan awam, perundangan dan kehakiman, penguatkuasaan undang-undang dan tadbir urus korporat,” menurutnya.

Mengenai penyampaian perkhidmatan awam, kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus mengutamakan transformasi penyampaian perkhidmatan awam agar menjadi lebih cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat.

“Penekanan akan diberikan untuk membangunkan perkhidmatan awam berprestasi tinggi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di samping memperkukuh akauntabiliti dan ketelusan tadbir urus.

“Usaha meningkatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan penjawat awam akan dipergiatkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam memastikan perkhidmatan awam kekal relevan, ekosistem dan mekanisme perkhidmatan awam akan diperkukuh melalui kerjasama dan penyelarasan yang lebih baik antara kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menyelaraskan semula penyampaian perkhidmatan menjadi lebih mudah dan dipacu data bagi memastikan amalan berteraskan bukti yang kukuh dalam proses penggubalan dasar.

“Seterusnya, Bajet 2023 akan terus menerokai bidang untuk mengukuhkan kerjasama awam swasta dalam penyampaian perkhidmatan awam termasuk meneroka mekanisme penyampaian perkhidmatan alternatif yang memanfaatkan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan masyarakat awam untuk menyokong penyampaian program sosial,” katanya.

Bagi pengurusan risiko bencana, kenyataan itu memaklumkan bahawa pendekatan akan dijalankan untuk membangunkan sistem amaran awal bersepadu yang sempurna selain pelaksanaan projek tebatan banjir di kawasan berisiko tinggi.

Ia berkata, perhatian juga akan diberikan untuk mengukuhkan kaedah tindakan awal dan penyelarasan kerajaan apabila Malaysia berhadapan bencana seperti banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa bahagian negara.

Menurut kenyataan itu, dalam bidang memperkukuh daya tahan kesihatan awam, ia memaklumkan kerajaan akan memperkasa kesihatan primer sebagai barisan hadapan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan iaitu suatu inisiatif yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan kesihatan holistik, program kesihatan yang lebih mantap dan mengalakkan pencegahan penyakit melalui kesihatan komuniti akan diperkenalkan.

“Tidak dilupakan, klinik daif di negara ini akan dinaik taraf secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha penambahbaikan bangunan dan kemudahan kesihatan serta penyesuaian teknologi baharu dan perubatan kepersisan.

“Seterusnya, kerajaan akan memberi tumpuan kepada agenda sosial serta penjagaan kesihatan kepada generasi warga emas supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang makmur dan sihat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan memperkukuhkan lagi fungsi kesihatan awam terutamanya dalam pengawasan penyakit dan kesiapsiagaan krisis pada masa hadapan dalam memastikan negara mampu mengatasi krisis tersebut tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.

Menurutnya, dalam era Revolusi Perindustrian 4.0, kecekapan sistem kesihatan negara boleh dipertingkatkan melalui pendigitalan maklumat kesihatan yang teratur dan meluas dengan perkongsian data dan integrasi perkhidmatan antara pelbagai penyedia perkhidmatan sektor awam dan swasta akan berlangsung dengan cekap dan selamat.

“Oleh itu, rakyat akan dapat merasai kesinambungan perkhidmatan kesihatan dengan maklumat lengkap apabila mendapat perkhidmatan daripada pelbagai kemudahan. Penggunaan data raya dan kecerdasan buatan serta analisis komprehensif akan mengukuhkan perancangan dasar berasaskan bukti,” menurut kenyataan itu. FMT

4 bidang utama dalam Bajet 2023 menjadi fokus kerajaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker