Ras Adiba Rujuk Dan Kahwin Semula Bekas Suami

Ras Adiba Rujuk Dan Kahwin Semula Bekas Suami

Bekas personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi, 54, berkahwin semula dengan bekas suaminya Mohamed Azam Ali dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.

Ras Adiba berkata tiada lain jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini.

Baginya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi.

“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut.

Menurutnya lagi, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.

“Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri,” katanya.

Pasangan itu sudah berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3. Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Dia juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.-HM

Ras Adiba Rujuk Dan Kahwin Semula Bekas Suami

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker