Nazri kata perlantikannya sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat hanya spekulasi

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menganggap isu dirinya dilantik sebagai duta besar ke Amerika Syarikat pada masa ini hanya bersifat spekulasi semata-mata.

Bekas menteri pada era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak itu berkata, khabar angin mengenai perkara terbabit mungkin bertiup kencang kerana Kabinet ada membuat keputusan mengenainya tetapi bergantung kepada persetujuan kerajaan Amerika Syarikat untuk menentukan.

“Sehingga kini tiada berita apa pun. Sekarang spekulasi sahaja. Cakap apa pun tidak guna…kita tunggu sajalah,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan media yang mendakwa dirinya bakal dilantik sebagai duta besar Malaysia ke Washington. Bagaimanapun perkara itu belum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini timbul khabar angin mengenai pencalonan ahli politik itu sebagai duta besar Malaysia ke Switzerland namun ditolak oleh kerajaan negara berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Luar menafikan pencalonan Nazri ditolak sebaliknya beliau tidak boleh menjadi duta besar ke negara itu kerana Switzerland menetapkan individu yang masih berkhidmat sebagai ahli Parlimen tidak boleh menjadi calon jawatan berkenaan.

Nazri pula dilaporkan berkata, beliau menolak jawatan itu kerana perlu melepaskan kedudukannya sebagai ahli Dewan Rakyat.

Nazri memulakan karier politiknya pada 1978 sewaktu berusia 24 tahun apabila dilantik sebagai exco Pemuda Umno dan naib ketua Pemuda Umno pada 1993.

Beliau juga berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) dan menteri pelancongan dan kebudayaan (2013 hingga 2018).

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker