PAS setuju GST tetapi kecualikan barang asasi

MARANG: Pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) perlu mengambil kira banyak faktor terutama tidak menambah bebanan rakyat yang kini terhimpit dengan situasi inflasi dan kos sara hidup tinggi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pertimbangan saksama wajar dilakukan agar golongan kurang berkemampuan tidak terus tertekan jika sistem percukaian itu kembali.

“Apa yang penting jangan sampai kos barang asasi menjadi beban kepada rakyat, (bebankan) orang berada tidak mengapa,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Menerusi wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan mengembalikan GST sebagai cara berkesan menambah pendapatan negara bagi menangani masalah inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Beliau berpandangan, sistem percukaian itu mampu mengembangkan pendapatan asas negara selain membantu kerajaan menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) membantah hasrat mengembalikan semula GST sekali gus mendakwa akan mengakibatkan harga barang meningkat dengan mendadak.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan PH memansuhkan GST menyebabkan kerajaan tidak mampu menampung pemberian subsidi bahan makanan kepada golongan sasar. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker