Tolak pedagang politik, perut tak pernah kenyang – Tok Mat

Tolak pedagang politik, perut tak pernah kenyang – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan menyindir bekas parti komponen yang meninggalkan parti itu kerana mengikut ‘selera dan perut yang tidak pernah kenyang’.

Dalam ucapan pada Konvensyen BN sempenan ulangtahun ke-48 parti itu hari ini, Mohamad berkata, parti komponen BN yang tinggal iaitu UMNO, MIC, MCA dan PBRS masih berpegang kepada prinsip.

Menurutnya, berpandukan falsafah dan nilai yang dipegang, beliau yakin BN akan menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Dahulu kita dalam BN berbelas belas komponen. Bila kita kalah, kita cuma tinggal berempat.

“Semua meninggalkan kita, kerana moral, perjuangan dan kesetiaan mereka telah ditafsir dan diubah-ubah mengikut selera dan perut yang tidak pernah kenyang.

“Walaupun kita hanya tinggal berempat, jika kita berpegang pada prinsip, pada politik bermoral, pada landasan dan falsafah yang berpandukan nilai, kita pasti akan memang,” katanya.

Serentak itu Mohamad mahu parti komponen yang tinggal teguh berpegang prinsip politik bermoral kerana perkara tidak bermoral tidak akan memberikan sebarang kemenangan.

Beliau juga mahu BN menolak sang oportunis politik dan tidak memberikan sebarang ruang kepada pedagang politik dalam PRU-15 nanti.

Beliau menegaskan, dalam menegakkan politik bermoral BN tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa pun.

“Sebaliknya, buka ruang, sokong dan angkat kepercayaan kepada calon yang berilmu, berakhlak, berprinsip dan memberikan jiwa nurani kepada negara dan bangsa.

“Ingat, dalam usaha membudayakan politik bermoral, kita sebenarnya tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Kita tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa.. Tidak ada istilah tolak ansur dalam perkara moral,” katanya.

Antara parti komponen utama yang meninggalkan BN selepas tewas dalam PRU-14 adalah parti Gerakan yang kini menjadi komponen dalam Perikatan Nasional.

Sementara itu, Mohamad mahu anggota komponen BN yang ada menghadapi PRU-15 sebagai ‘Barisan Nasional’.

BN mesti memperkukuhkan kesepakatan dan tidak boleh tampil hanya dengan logo BN tetapi jiwa dan raga berhaluan lain.

“Kita mesti menghantar mesej yang sangat jelas kepada rakyat bahawa BN adalah pasukan Malaysia. Bukan pasukan UMNO, MCA, MIC dan PBRS secara berasingan.

“Tonjolkan BN seluruhnya, sebagai sebuah pasukan terbaik, untuk masa depan Malaysia yang terbaik. Di pentas mana pun, di program apa pun, kita mesti berdiri sebagai BN, dan ia dapat di rasai sebagai BN.

“Kita bukan sekadar tampak kuat, tetapi benar-benar kuat sebagai sebuah pasukan BN. Apabila BN kuat, UMNO dengan sendirinya akan kuat. MIC dengan sendirinya akan kuat. Dan MCA dengan sendirinya akan kuat. PBRS akan kuat. Semua parti komponen akan kuat,” kata Mohamad. MG

Tolak pedagang politik, perut tak pernah kenyang – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker