Pembangkang sedang bercelaru, ini masa terbaik adakan pilihanraya – Najib

Najib Razak hari ini mengingatkan agar BN tidak mengulangi kesilapan sebelum ini apabila melewatkan pelaksanaan pilihan raya umum (PRU) sehingga menyaksikan parti itu tewas buat pertama kali dalam sejarah.

Merujuk kepada PRU ke-14, bekas perdana menteri itu menjelaskan ia sepatutnya diadakan selepas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi menjamin kemenangan besar BN.

“Tetapi kerana desakan-desakan tertentu, kita (BN) tangguh. Apabila ditangguh keadaan berubah,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai desakan yang dimaksudkannya itu.



Memberi isyarat agar kerajaan tidak menunggu lebih lama lagi untuk membuka ruang kepada pembubaran parlimen bagi membolehkan PRU ke-15 diadakan, Najib berkata keadaan inflasi dan “kepentingan peribadi” tidak boleh dijadikan alasan.

Tambahan pula, katanya, pembangkang ketika ini sedang berpecah-belah dan dalam keadaan cacamarba.

Najib memberikan contoh bagaimana PKR terkesan dengan pemilihan dalam parti terbabit, selain Bersatu yang hanya memenangi dua kerusi di DUN Johor di sebalik penguasaan mereka di negeri terbabit sebelum ini.

“Bersatu tinggal dua kerusi, PAS pun menurun, DAP pun turun. Pembangkang dalam keadaan bercelaru,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN di Kuala Lumpur hari ini.



Rasa BN lebih kuat sekarang

Untuk rekod Bersatu dan PAS bukanlah sebahagian daripada pembangkang kerana ketika ini kedua-dua parti berada dalam kerajaan yang dipimpin Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Pada PRU ke-14 yang diadakan pada 2018, BN – yang ketika itu dipimpin Najib – tewas buat pertama kali dalam sejarah dan membawa gabungan berkenaan berada di posisi pembangkang.

Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu diketuai Dr Mahathir Mohamad mencipta kemudian berjaya membentuk kerajaan persekutuan serta hampir semua negeri.



Bagaimanapun kerajaan PH itu dijatuhkan melalui gerakan “Langkah Sheraton” apabila Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin dan sekumpulan Ahli Parlimen PKR diketuai Azmin Ali bertindak keluar PH.

Najib berkata, BN harus mendapatkan kuasa mutlak dengan memenangi PRU ke-15 untuk menerajui tampuk pentadbiran negara.

Tambah pengerusi Lembaga Penasihat BN itu lagi menjadi kerajaan dengan terpaksa berkongsi kuasa dengan parti lain hanya menyusahkan mereka memerintah negara.

“Kita nak kuasa mutlak. Kita tak mahu kuasa hibrid macam hari ini. Menyusahkan kita. Tak tahu siapa kita boleh percaya,” katanya.



Najib juga yakin BN mampu mencapai kemenangan berdasarkan angin perubahan yang ditunjukkan rakyat.

“Saya yakin sebab saya dah pergi on the ground, saya yakin. Bossku dah turun ke bawah. Sudah ada angin perubahan, dan angin ni bertiup ke arah BN.

“Saya merasakan Umno dan BN lebih kuat pada hari ini.

“Kita tengok pada PRN (pilihan raya negeri) di Melaka, di Johor, penambahan yang mengundi Bn bertambah. Ini menunjukkan trend yang baik,” tambah Najib lagi.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker