2,430 kes Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam
PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 2,430 kes semalam termasuk 12 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,497,212 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,192 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,436,387 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,272 kes), Kuala Lumpur (366 kes), Pulau Pinang (119 kes), Perak (117 kes, Negeri Sembilan (114 kes), Melaka (99 kes), Johor (72 kes), Kedah (69 kes) dan Sabah (66 kes).
“Seterusnya, Sarawak (49 kes), Putrajaya (38 kes), Pahang (20 kes), Terengganu (14 kes), Kelantan (lapan kes), Labuan (enam kes) dan Perlis (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, enam kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,653 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,551 kes.
Sebanyak 25,172 kes aktif dilaporkan melibatkan 24,053 kes dikuarantin di rumah, 12 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,076 kes di hospital, 13 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 18 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?