“Saya Pun Ada Pilihan…”Tak Perlu Pertikai, Hak Ibu Bapa Untuk Kongsi Wajah Anak – Siti Nurhaliza

“Saya Pun Ada Pilihan…”Tak Perlu Pertikai, Hak Ibu Bapa Untuk Kongsi Wajah Anak – Siti Nurhaliza

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berpendapat setiap ibu bapa mempunyai hak sama ada hendak berkongsi wajah anak mereka kepada umum atau tidak.

Kata Siti Nurhaliza, apa jua pun keputusan yang dilakukan pasti hanya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.

“Kalau boleh saya tak mahu mengulas isu ini. Tapi bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.

“Saya yakin setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri.

“Semua orang ada pilihan,” katanya kepada Astro Gempak yang ditemui ketika Rumah Terbuka Universal Music Malaysia, pada Sabtu.

Siti Nurhaliza diminta mengulas mengenai segelintir selebriti yang membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum.

Tambah pelantun lagu “Lip Lap Raya” itu, sebagai orang luar sepatutnya tidak perlu mempertikaikan keputusan atau hak orang lain.

“Setiap orang ada pilihan. Saya pun ada pilihan saya dan saya hormat pilihan masing-masing,”

“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dipertikaikan,” katanya lagi.-GEMPAK

“Saya Pun Ada Pilihan…”Tak Perlu Pertikai, Hak Ibu Bapa Untuk Kongsi Wajah Anak – Siti Nurhaliza

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker