Syahir tak goyang bertemu Vietnam
HANOI – Jika memikirkan soal rekod pertemuan pada separuh akhir Sukan SEA, ia tidak begitu memihak kepada Malaysia apabila tewas 3-4 dan 1-2 masing-masing pada temasya sukan dwitahunan edisi 2003 di Hanoi dan edisi 2005 di Manila.
Begitupun, Malaysia pernah mengecewakan skuad muda Naga Emas itu di pentas final 1-0 pada edisi 2009 di Laos.
Namun, kejayaan lalu sebenarnya tidak boleh dijadikan kayu pengukur kerana setiap pasukan dibarisi pemain berbeza setiap kali Sukan SEA dan hanya rekod lalu serta kenangan manis buat pasukan yang berjaya.
Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi separuh akhir bola sepak Sukan SEA Vietnam 2021 di Stadium Viet Tri, Phu Tho malam ini, status juara bertahan yang dimiliki Vietnam langsung tidak memberi kegerunan kepada barisan pemain skuad bawah 23 (B-23) negara.
Malah, skuad negara di bawah kendalian Brad Maloney itu dilihat mampu mengejutkan tuan rumah, Vietnam di hadapan penyokong mereka sendiri jika segala taktikal dan persembahan terbaik para pemain mampu dijelmakan.
Maloney mengakui Vietnam memiliki banyak kelebihan berbanding pasukannya termasuk dibarisi ramai pemain yang berkualiti.
“Vietnam adalah pasukan yang sangat bagus dan pilihan untuk menjadi juara. Mereka ramai pemain berkualiti dan kami harus berwaspada dengan 11 pemain mereka di atas padang, bukan sahaja dua atau tiga pemain,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Sementara itu, pemain tengah negara, Syahir Bashah menyeru rakan-rakan sepasukan untuk membuktikan sesuatu dan tidak perlu takut berdepan pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu meskipun ramai beranggapan mereka sukar mengatasi lawan berkenaan.
“Untuk perlawanan menentang Vietnam, bagi saya tiada apa-apa masalah, saya yakin pasukan boleh buat. Jumpa mana-mana pasukan pun perlawanan tetap akan sama, kena menang untuk jadi juara.
“Berdepan Vietnam pun satu peluang untuk kita kerana jumpa tuan rumah. Bermain di depan ramai penyokong pun kita sudah terbiasa, jadi apa perlu dilakukan adalah buat terbaik dan cuba kalahkan mereka dengan apa cara sekalipun demi negara,” ujarnya.
Atas kertas, kelebihan jelas milik Vietnam dengan skuad kendalian Park Hang Seo itu akan mendapat bantuan moral daripada daripada ribuan penyokong tuan rumah memenuhi stadium, selain menjadi pilihan utama untuk meraih emas.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
- Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
- Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
- GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
- Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET