Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun

SHAH ALAM: Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan ditetapkan Mahkamah Tinggi pada 21 Jun.

Peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Samirah Muzaffar dan kedua-dua remaja tersebut berkata, pihaknya dihubungi oleh mahkamah tersebut pada 17 Mei lalu bagi memaklumkan tarikh baharu keputusan pada akhir kes pendakwaan itu.

“Tarikh baharu untuk keputusan kes ditetapkan pada 21 Jun 2022, jam 9 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Sebelum ini, mahkamah menetapkan 30 Mei untuk keputusan tersebut.

Pada 14 Feb lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak si mati, Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan dan Che Elainee; Pengarah Jabatan Bomba Kuala Lumpur, Edwin Galan anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng; Dr Prashant Sanberker serta pengawal keselamatan kediaman si mati, Raju Kumar Pandit.

Perbicaraan bermula pada 6 Sept 2019.

Samirah, 47, serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 19 dan 16 tahun dan seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker