Skop dasar RUU baharu sumbangan politik setuju dibentang – Ismail



Skop dasar RUU baharu sumbangan politik setuju dibentang – Ismail

Skop dasar bagi Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan pengawalseliaan sumbangan politik dipersetujui untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, RUU itu perlu dibawa untuk perbincangan dengan ahli Kabinet terlebih dahulu sebelum mengadakan sesi libat urus dengan parti politik.

“Skop dasar bagi RUU baharu berkaitan pengawalseliaan sumbangan politik dipersetujui untuk dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“RUU ini penting kerana sehingga kini tiada undang-undang atau peraturan yang mengawal selia pembiayaan politik dan ia dapat mengelak risiko rasuah serta penyalahgunaan kuasa melibatkan ahli politik yang memberi impak negatif kepada imej negara dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.




Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR).

Dalam pada itu, Ismail berkata, mesyuarat JKKMAR bersetuju supaya kajian yang lebih mendalam dilakukan berhubung pengasingan kuasa pendakwa raya dan peguam negara.

Beliau berkata, ini kerana ia melibatkan Perlembagaan, undang-undang dan
kewangan.

“Kerajaan sentiasa komited untuk menambah baik tadbir urus dan integriti dalam usaha memerangi rasuah di negara ini,” katanya.

Selain itu Ismail berkata, satu pelan komprehensif yang akan menginstitusikan prinsip dan amalan tadbir urus (governance) yang baik dikenali sebagai Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) di semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun kerajaan akan diperkenalkan.




Katanya, MyGovernance bertujuan meningkat dan memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan awam ke arah mencapai visi nasional serta menangani isu-isu kelemahan tadbir urus kerajaan termasuk badan berkanun.

“Pelan tersebut adalah berdasarkan empat prinsip tadbir urus baik, iaitu ketelusan, akauntabiliti, kecekapan, dan keberkesanan,” katanya. FMT

Skop dasar RUU baharu sumbangan politik setuju dibentang – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.