Pemandu e-hailing meraba penumpang wanita ditahan

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu e-hailing ditahan polis kerana meraba seorang penumpang wanita semasa dalam perjalanan menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Permas Jaya, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Ulu Tiram di sini, malam semalam.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 23 itu baharu sahaja pulang daripada bekerja di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini.



“Semasa dalam perjalanan, suspek beberapa meminta mangsa duduk di tempat duduk hadapan namun mangsa menolak permintaan tersebut kerana bimbang keselamatan dirinya.

“Ketika kenderaan dipandu suspek berada di Jalan Bakar Batu berhampiran persimpangan South Key, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek dengan berpindah ke tempat duduk penumpang hadapan.

“Suspek kemudiannya bertindak mencabul kehormatan mangsa dengan meraba bahagian dada mangsa beberapa kali, sebelum mangsa menolak suspek dan berjaya melarikan diri keluar daripada kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker