Pemandu Avanza lagak samseng jalanan

Pemandu Avanza lagak samseng jalanan

Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang memberhentikan kenderaannya di tengah jalan dikatakan seperti ‘samseng jalanan’.

Difahamkan, dia berbuat demikian disebabkan berang dengan pemandu sebuah bas yang telah melanggar kenderaannya sehingga berlaku kerosakan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik oleh pengguna Facebook @Acik Art, kelihatan pemandu Avanza berusaha untuk mencelah di tengah laluan antara sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dan bas terbabit.

Bagaimanapun, usahanya itu gagal lalu dihimpit di tengah-tengah laluan sehingga berlaku kemalangan kecil.

Susulan itu, pemandu Avanza berkenaan akhirnya memberhentikan kenderaannya di hadapan bas tersebut dan segera turun untuk berjumpa dengan pemandu bas.

Apa yang membuatkan ramai marah ketika itu adalah tindakan pemandu Avanza tersebut telah menambahkan kesesakan yang berlaku di laluan terbabit.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai seperti puas melihat insiden tersebut kerana masalah yang berlaku berpunca daripada pemandu Avanza itu sendiri.

“Padan muka dia, sendiri yang gila nak lalu celah kenderaan lain tengah-tengah jalan, sendiri tanggung la akibatnya. rasanya pemandu bas tak salah langsung, dia di laluan yang betul,” komen Mohd. Hafiz.

“Lain kali himpit lori balak, biar satu kereta kau leper, otak letak kepala lutut memang macam ini,” luah Saiful. K Online

Pemandu Avanza lagak samseng jalanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker