Pendakwaan serah laporan forensik mesej WhatsApp ‘RM2 juta’ pada Lim

Pendakwaan serah laporan forensik mesej WhatsApp ‘RM2 juta’ pada Lim

Pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik kepada Lim Guan Eng mengenai mesej WhatsApp 2017 berhubung dakwaan bayaran RM2 juta.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memberitahu Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini bahawa pihaknya telah memberikan laporan itu kepada pasukan peguam bekas menteri kewangan itu pada 18 April lalu.



Peguam kepada bekas ketua menteri itu, Haijan Omar mengesahkan kepada hakim perbicaraan Azura Alwi bahawa mereka telah diberi laporan yang dikaitkan dengan perbicaraan rasuah terhadap tertuduh yang dikaitkan dengan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Lim memfailkan permohonan untuk mendapatkan laporan itu kerana dia cuba untuk membuktikan dakwaan pembelaan bahawa dua saksi pendakwaan berkenaan berbohong di mahkamah berhubung keterangan mereka.

Pengarah kanan Consortium Zenith Construction Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Pada 5 April, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lim untuk mendapatkan laporan forensik itu.



Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat dua keterangan berbeza di dua mahkamah – Mahkamah Sesyen di Shah Alam dan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur – membabitkan baucar pembayaran dan cek yang sama mengenai tujuan penyerahan dan kepada siapa wang RM2 juta diserahkan.

Azura berkata berdasarkan nota prosiding dan pernyataan bertulis saksi-saksi di Mahkamah Shah Alam yang telah dikemukakan sebagai eksibit dalam permohonan itu, mahkamah mendapati pemohon (Lim) berjaya menunjukkan wujudnya fakta baucar pembayaran dan cek Public Bank telah digunakan bagi pengeluaran wang RM2 juta yang dikatakan telah diserah kepada ahli perniagaan G Gnanaraja.

Perbualan WhatsApp itu antara pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan G Gnanaraja.

Menurut Azura, terdapat juga laporan analisis forensik digital yang disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan perbualan WhatsApp tersebut dalam kes rasuah Lim di mahkamah ini.



“Bagaimanapun, laporan analisis forensik digital dalam kes di Mahkamah Shah Alam yang dimohon oleh pemohon tidak pernah dikemukakan di mahkamah ini,” katanya.

Sehubungan itu, Azura berkata perkara tersebut adalah satu isu yang relevan mengikut Seksyen 5 dan 11 Akta Keterangan 1950 yang fakta menyeluruh harus dibentang dan dikemukakan kepada mahkamah agar kebenaran dapat diketahui.

Perbualan dalam aplikasi WhatsApp itu didedahkan pada perbicaraan sebelum ini melalui keterangan pegawai penyiasat forensik SPRM, Penolong Penguasa Wan Mohd Firdaus Wan Yusof.

Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.



Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. FMT

Pendakwaan serah laporan forensik mesej WhatsApp ‘RM2 juta’ pada Lim



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker