Diancam bunuh kerana cat rumah warna pelangi

Diancam bunuh kerana cat rumah warna pelangi

Melbourne: Hanya kerana mengecat rumah dengan warna pelangi, seorang penggaya rambut di Australia menerima ancaman bunuh dari jirannya.

Mykey O’Halloran membeli rumah impian di Pulau Philip tahun lalu namun kecewa apabila tidak menerima sambutan baik daripada jirannya.

Dia yang mempunyai 600,000 pengikut TikTok dan 153,000 lagi di Instagram kerap berkongsi video mengenai gaya rambut termasuk diwarnakan dengan warna pelangi.

Ketaksubannya terhadap warna itu menyebabkan dia mahu mengecat rumahnya dengan teknik warna sedemikian, tetapi masalah timbul apabila niatnya diketahui jiran yang tidak menyukainya.

“Sebulan selepas berpindah, lima lelaki muncul di laman belakang rumah saya pada 10 malam dan mengancam untuk mencederakan saya jika teruskan rancangan mengecat rumah warna pelangi.

“Mereka sangat agresif dan ganas.. beritahu ‘jika saya mengecat juga, mereka akan datang lagi dan bunuh saya,” katanya dilapor The Sun.

Susulan ancaman itu, Mykey membuat laporan polis dan jirannya didakwa di mahkamah dan didenda 2,500 Australian dollar (RM7,671.82). HM

Diancam bunuh kerana cat rumah warna pelangi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker