Lima sekeluarga nyaris maut kereta terbakar di Genting Highlands

Anggota bomba dari BBP Genting Highlands membantu memadamkan kebakaran kereta jenis Hyundai Elantra yang terbakar di jalan naik ke Genting Highlands pada Isnin. – Foto JBPM Pahang (Gambar kanan: Tangkap layar video kejadian yang tular di aplikasi Tiktok.)

KUANTAN – Lima sekeluarga terselamat selepas kereta dinaiki terbakar di Kilometer 2.9, jalan naik ke Genting Highlands pada Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, bomba menerima laporan berhubung kejadian jam 1.44 tengah hari sebelum lima anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands ke lokasi untuk bantuan.

“Ketika anggota tiba di lokasi mendapati sebuah kereta jenis Hyundai Elantra terbakar dan menggelongsor turun kira-kira 100 meter dalam keadaan api sedang marak.



“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos bantu mula dibantu hos dari Unit Kebakaran Genting Highlands,” katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Zulfadli berkata, kebakaran berjaya dipadamkan namun kereta tersebut musnah hampir 80 peratus.

“Pasangan suami isteri dan tiga anak yang menaiki kereta tersebut selamat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya.

Video kejadian tersebut sebelum ini tular selepas detik mencemaskan itu sempat dirakam seorang netizen dipercayai berada di atas kereta kabel sebelum dimuat naik melalui aplikasi TikTok.



Berdasarkan rakaman video itu, beberapa pemilik kenderaan turut cemas selepas kereta terbakar itu mengundur ke belakang lalu merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sebuah kereta lain nyaris dilanggar namun pemandunya sempat mengelak dan kebakaran itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Lima sekeluarga nyaris maut kereta terbakar di Genting Highlands

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker