KPDNHEP siasat isu Air Asia tunda, jadual semula penerbangan

KPDNHEP siasat isu Air Asia tunda, jadual semula penerbangan

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus menjalankan siasatan berhubung isu Air Asia menunda serta menjadualkan semula penerbangan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebagai Menteri yang ditugaskan menjaga pengguna, beliau mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan disuarakan pengguna berhubung kelewatan penerbangan Air Asia, membabitkan pelbagai destinasi dalam negara.



“Kelewatan ini dikesan sudah berlaku sejak penghujung bulan lalu dan masih berlanjutan bagi tempoh selepas raya ketika ini.

“KPDNHEP akan terus menjalankan siasatan daripada sisi kepentingan pengguna dan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi merungkai permasalahan ini, demi memastikan ia tidak berlanjutan serta berulang pada masa depan.

“Bagi makluman pengguna perkhidmatan penerbangan, anda berhak menuntut pampasan (tertakluk kepada beberapa faktor) bagi meneruskan perjalanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Alexander Nanta Linggi lagi, pemberian pampasan berkenaan bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan.



Menurutnya, antara pampasan ialah makanan, panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih, penginapan hotel dan pengangkutan untuk penangguhan selama lima jam atau lebih, dan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif jika penerbangan dibatalkan.

“Satu-satunya pengecualian bagi mendapatkan pampasan adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.

Menurutnya, sekiranya pengguna berpandangan tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM. E9

KPDNHEP siasat isu Air Asia tunda, jadual semula penerbangan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker