IPD Hulu Terengganu Cipta Bot Dua Alam Amfibia Qber

IPD Hulu Terengganu Cipta Bot Dua Alam Amfibia Qber

HULU TERENGGANU: Sering berdepan bencana banjir mendorong sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu mencipta bot dua alam atau Amfibia Qber II.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, bot berkenaan mampu diguna pakai di daratan dan air khususnya bagi melakukan tugasan menyelamat ketika musim banjir.



“Kerana kita sedia maklum Hulu Terengganu kawasan yang kerap kali dilanda banjir saban tahun dan sebelum ini produk yang pertama kita adalah terlalu besar berbanding ini lebih praktikal.

“Kalau yang dulu ditarik oleh Hilux, kenderaan besar, tapi tak praktikal bagi setengah kampung yang tidak boleh dilalui oleh Hilux.

“Apabila situasi memerlukan, apabila guna ATV ini dengan size amfibia yang lebih kecil, ia lebih pratikal,” jelasnya.

Beliau berkata, bot berkenaan memgambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dengan kos lebih RM10,000.



Jelasnya Amfibia Qber itu juga mampu memuatkan enam penumpang pada satu-satu masa.

Rohaimi berkata dengan adanya inovasi itu, pihaknya yakin akan dapat memperkasakan lagi perkhidmatan terutama pada musim tengkujuh.

IPD Hulu Terengganu Cipta Bot Dua Alam Amfibia Qber

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker