Kejatuhan matawang bukan hanya eksklusif kepada Ringgit sahaja – Pakar

Kejatuhan matawang bukan hanya eksklusif kepada Ringgit sahaja – Pakar

Kejatuhan nilai mata wang tidak hanya eksklusif kepada Ringgit, sebaliknya melibatkan banyak lagi mata wang lain.

Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata, antara mata wang lain yang turut terkesan seperti Yen, Yuan, Euro, Pound Sterling dan Swiss Franc.

Jelasnya, kejatuhan mata wang tersebut bukan disebabkan oleh ia melemah, sebaliknya dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh.

“Dolar AS telah mengukuh dengan indeks peningkatan 6.8 peratus.

“Banyak negara yang turut terkesan dan ringgit tidak terkecuali.

“Saya menjangkakan ringgit akan diniagakan sekitar 4.25 dan 4.50 kerana pelabur melihat dolar AS dan emas sebagai keutamaan mereka,” katanya ketika ditemu bual dalam Niaga AWANI pada Isnin.

Beliau pada masa sama meletakkan keyakinan yang rendah kepada pengukuhan mata wang dolar AS.

“Saya tidak yakin kepada Dolar AS kerana jika anda merujuk kepada laporan Goldman Sachs, JP Morgan dan Bank of America, semuanya menjangkakan Dolar AS akan melemah terutama pada separuh pertama tahun ini.

“Ini kerana peningkatan Dolar AS tidak baik bukan sahaja kepada ekonomi AS tetapi juga ekonomi global,” katanya.

Ringgit diniagakan lebih rendah berbanding Dolar AS pada awal dagangan hari ini, di tengah-tengah permintaan kukuh terhadap dolar AS.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3745 berbanding Dolar AS daripada 4.3650 sewaktu ditutup pada Jumaat. Aw

Kejatuhan matawang bukan hanya eksklusif kepada Ringgit sahaja – Pakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker