Tabung kilat ‘rider’ Food Panda cecah RM78,500

Jumlah kutipan bagi ‘Tabung Kilat Bela Rider Pertahan Kalimah Allah’ yang digerakkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 12 Jun lalu kini mencecah sebanyak RM78,500.00.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya telah menyerahkan kutipan sumbangan orang ramai itu kepada Pengerusi Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor yang mewakili ‘rider-rider’ – orang yang disyaki (OYDS) – berkenaan.

“Atas persetujuan bersama dan selaras dengan yang dijanjikan, cek RM5,000 (jumlah RM25,000) telah diserahkan untuk setiap ‘rider’ yang ditahan bagi kegunaan segera kebajikan mereka, manakala sebanyak RM15,000 diserahkan kepada persatuan mereka bagi agenda membela ‘rider-rider’ pada masa akan datang.

“Lebihan wang akan diuruskan oleh persatuan tersebut melalui pantauan peguam pihak ketiga selaku pemegang taruh (stakeholder) dan pihak PEMBELA bagi menjamin integriti kegunaan dana ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haji Aminuddin menegaskan, dana itu amat penting kerana kes berkenaan masih belum tamat memandangkan mereka – ‘rider’ – masih belum melalui proses mahkamah, dan pastinya proses yang panjang berdasarkan pengalaman pihaknya selama ini.

“Proses yang panjang di mahkamah ini biasanya akan menjejaskan pendapatan ‘rider’ ini kerana perlu kerap naik turun mahkamah dan pekerjaan harian mereka pasti tergendala. Ini juga sebagai persediaan jika mereka dikenakan saman atau tuntutan ganti rugi kelak.

Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian

“Perlu dijelaskan bahawa kutipan dana ini bukan untuk bayar wang tahanan reman sebagaimana yang didakwa oleh pihak polis tetapi difokuskan untuk wang jaminan mahkamah, jika sekiranya mereka didakwa. Jelas, pihak polis sudah tersalah faham dan keliru yang menyebabkan pihak polis membuat laporan polis,” katanya.

Biarpun begitu, beliau berkata, ini bukan kali pertama PEMBELA menguruskan kes sebegini, justeru pihaknya yakin dana tersebut sangat bermakna bagi ‘rider-rider’ itu.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu membantu mereka ini. PEMBELA akan terus memberikan komitmen dalam agenda membela agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Sabtu lalu, PEMBELA melancarkan tabung kilat bagi membantu lima penghantar makanan yang ditahan kerana mempertahankan kalimah Allah.

Kutipan derma kilat yang bermula pada jam 4.30 petang dan ditutup empat jam kemudian – ekoran sudah melepasi sasaran – bertujuan membantu penghantar makanan yang ditahan dan terkesan akibat penahanan tersebut.

Tabung kilat ‘rider’ Food Panda cecah RM78,500


Layari Laman Facebook MYKMU NET


100 cawangan jadi sasaran Richiamo Coffee

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker