Amelia Henderson tak layan mesej negatif

Amelia Henderson tak layan mesej negatif

TERUJA menyambut Aidilfitri kali ini yang diberi sedikit kelonggaran untuk bersosial berbanding dua tahun lalu, pelakon jelita, Amelia Henderson bagaimanapun tetap berjaga-jaga kerana virus Covid-19 masih berada di luar sana.

“Sepanjang kita semua hidup dalam pandemik, saya masih sihat walafiat. Barangkali bernasib baik meskipun ramai kawan-kawan yang dijangkiti wabak tersebut.



“Saya tinggal dengan datuk dan walau macam mana sekali pun, saya memang kena jaga apa yang patut dijaga dan sering buat ujian calitan. Kalau boleh seminggu sekali kita buat ujian sebab saya tak nak susahkan orang tersayang.

“Walaupun kerajaan sudah beri kelonggaran, jangan kita pandang sambil lewa. Teruskan atau jagalah apa yang telah dilaksanakan sebelum ini demi kebaikan bersama” katanya.

Sementara bercakap tentang dirinya yang semakin laris dan bakat lakonan diperakui ramai ketika ini, Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, dia hanya melakukan yang terbaik demi tanggungjawab sebagai seorang aktres.

“Dua tahun sebelum ini pandemik dan saya selalu cakap pada diri sendiri supaya buat yang terbaik dalam setiap perkara dilakukan.



“Saya akan cuba sedaya upaya berikan kualiti sehabis baik untuk para peminat. Usaha akan saya letakkan dan pada masa sama, bersyukur sebab tahun ini banyak juga rezeki dalam bidang lakonan,” ujar Amelia, 27, yang baru-baru ini mencuri perhatian ramai menerusi karakter Natasha dan Aleesa dalam drama rantaian, Kisah Cinta Kita.

Sibukkan diri

Ditebak persoalan sama ada memang dia sengaja menyibukkan diri untuk melupakan segala permasalahan yang sedang berlaku terhadap dunia sekarang ini, jawab Amelia: “Saya memang workaholic (suka bekerja). Kalau boleh bekerja 25 jam sehari, saya memang akan kerja selama itu.

“Tapi kena fikir jugalah kebajikan team (pasukan) saya. Kalau semua kerja 25 jam sehari, rasanya semua dah berhenti kerja dah (tertawa).



“Bagaimanapun, setakat ini semuanya berada dalam keadaan yang terkawal. Jadi memang tiada masalah dari segi kerja.”

Sibuk bekerja hampir setiap masa, Amelia mengakui bahawa perlu ada waktu ‘me time’ (waktu sendiri) demi menjaga kesihatan fizikal dan mental.

“Masa untuk diri sendiri selalunya pada hari yang tiada kerja.

“Kalau masih ada kudrat untuk bekerja, kita teruskan sahajalah. Saya masih muda lagi. Kalau saya nak kerja macam ‘speed’ sekarang ketika usia 30-an atau 40-an, memang takkan ada rezeki yang datang seperti sekarang.



“Selagi rezeki masih ada, kita patut terima dengan hati yang terbuka dan selarikan dengan usaha yang semampu boleh,” tuturnya.

Positif, konstruktif

Digosipkan kini menjalin hubungan istimewa dengan heronya dalam drama Kisah Cinta Kita, Aedy Ashraf, Amelia tidak menafikan ‘didekati’ ramai lelaki menerusi direct message (DM) Instagram.

Akan tetapi tegas pelakon cantik berdarah kacukan Sri Lanka-Scotland itu, dia perlu bersikap ‘pilih bulu’ dengan melayan kiriman mesej berbaur positif sahaja dan enggan memberi ruang kepada individu yang menghulurkan kata-kata negatif.



Digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan Aedy Ashraf, Amelia tidak menafikan memang rapat dengan aktor itu.
“Ramai peminat (lelaki) yang DM tapi tak boleh nak layan sangat. Sebagai seorang manusia, tak cukup tenaga nak dilepaskan kepada benda-benda yang tak bersifat konstruktif dalam kehidupan saya.

“Pada masa sama, nak kena jaga juga nama baik keluarga. Sebab sejak mula masuk dalam industri, memang diri saya sahaja terima tempias. Tetapi jika berkaitan keluarga, saya memilih tidak terlalu bercerita tentang mereka.

“Tetapi saya juga sangat bersyukur dengan sokongan yang telah diberikan oleh para peminat tak henti-henti sejak dari dahulu hingga sekarang,” ujarnya sambil memberitahu akan terlibat dengan dua buah drama serentak pada bulan ini. HM

Amelia Henderson tak layan mesej negatif




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker