Johnny Depp pernah ugut toreh muka isteri



Johnny Depp pernah ugut toreh muka isteri

Bekas isteri kepada pelakon terkenal, Johnny Depp, Amber Heard mendakwa lelaki itu pernah melakukan serangan seksual selain mengugut untuk menoreh wajahnya dengan botol sebulan selepas perkahwinan mereka pada 2015.

Heard yang juga pelakon filem Aquaman itu berkata demikian ketika perbicaraan saman malu membabitkan dirinya.

Namun, Depp mendakwa, pelakon filem blockbuster Pirates of the Caribbean itu pernah mencabarnya untuk merampas botol arak yang sedang di minumnya olehnya.

“Saya menyoal tabiat kaki botolnya, ketika itu Depp begitu marah dan mencabar saya rampas botol itu, saya ambil botol arak itu kemudian membuangnya di lantai sehingga pecah. Itu buat dia begitu marah kemudian ambil satu lagi botol membalingnya ke arah saya.




“Nasib ianya pecah berkecai di lantai bukan kena saya. Dia juga baling tin soda dan bir. Semuanya hampir kena saya. Ada sekali dia pegang botol arak yang separuh pecah kemudian meletakkan di muka, leher dan mengugut akan mengukir muka saya. Ketika itu Depp pernah jerit kata saya telah musnahkan hidupnya,” katanya.

Dakwa Heard lagi, Depp kemudian mengoyakkan baju tidurnya sambil menyerangnya secara seksual selain menolaknya berkali-kali sehingga jatuh.

Heard juga mendakwa dirinya pernah ditampar dan ditendang selepas menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pelakon filem.

“Walaupun ada yang nampak kejadian itu namun tidak ada sesiapa yang berkata apa-apa. Saya rasa sangat malu,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Depp kehilangan pendapatan kira-kira AS22.5 juta selepas Disney bertindak mengeluarkan ‘Kapten Jack Sparrow’ dari projek filem Pirates of the Caribbean ke-6.




Disney bertindak demikian selepas Depp didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap Heard yang juga merupakan seorang kolumnis di Washington Post.

Bagaimanapun, Depp memfailkan saman fitnah AS$50 juta terhadap Heard yang dikahwininya selepas penggambaran filem ‘The Rum Diary’ pada 2015 namun bercerai pada 2017.

Heard kemudian membalas saman fitnah dengan menyaman semula Depp dengan nilai sebanyak AS$100 juta dengan dakwaan lelaki itu telah melakukan penderaan fizikal terhadapnya ketika masih bergelar suami isteri.

Perbicaraan terus bersambung ketika ini. Reuters

Johnny Depp pernah ugut toreh muka isteri





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.