2 maut selepas makan belangkas, pihak berkuasa keluar amaran

Pegawai kesihatan di wilayah tenggara Trat, Thailand mengeluarkan amaran kepada orang ramai selepas dua orang maut akibat memakan belangkas, lapor laman berita Thaiger semalam.

Lima individu lain dilaporkan telah dimasukkan ke hospital selepas memakan krustasea beracun yang boleh membawa maut itu.

Belangkas adalah makanan yang menjadi kebiasaan penduduk wilayah itu tetapi jenis yang hidup di kawasan paya bakau adalah tinggi kandungan toksik dan pernah menjadi penyebab kepada kes kematian baru-baru ini.

Bagi mengelakkan kes keracunan daripada berulang, pegawai kesihatan Trat menerbitkan infografik untuk membantu orang ramai mengetahui belangkas beracun dan tidak beracun serta menasihatkan penduduk supaya berhati-hati sebelum memakannya.

Selain itu, pegawai kesihatan menggesa orang ramai untuk mendapatkan rawatan perubatan segera jika mereka mengalami sebarang gejala selepas memakan belangkas termasuk muntah, kesukaran untuk berjalan atau tidak sedarkan diri.

Kejadian baru-baru ini bukanlah yang pertama seumpamanya di Thailand kerana pada 2020, seorang wanita di Phuket meninggal dunia selepas menangkap dan memasak belangkas di rumah. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker