Rakyat Masih Letih, Pas Setuju PRU15 Ditangguh Hingga Habis Penggal - Hadi Awang — MYKMU.NET

Rakyat Masih Letih, Pas Setuju PRU15 Ditangguh Hingga Habis Penggal – Hadi Awang



Rakyat Masih Letih, Pas Setuju PRU15 Ditangguh Hingga Habis Penggal – Hadi Awang

Pas bersetuju sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang ditangguhkan seketika dan diadakan sehingga habis penggal kerajaan sedia ada.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia bagi membolehkan kerajaan melaksanakan tugas dalam tempoh yang mencukupi.

“Yang semasa ini kita bersedialah pilihan raya bila-bila masa, walau pun kita dah buat kenyataan tiga kerajaan negeri supaya habis penggal kerana rakyat masih dalam keadaan letih, politik ini bersama dengan wabak yang belum lagi selesai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata Pas bagaimanapun sentiasa bersedia dan tetap menggerakkan jenteranya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.




“Kita dah gerak semua jentera-jentera di seluruh negeri, seluruh negara. Kita gerak cawangan-cawangan kita dan tambah cawangan-cawangan, tambah ahli-ahli.

“Kita kaji melalui post mortem tiga pilihan raya negeri yang telah diadakan di Sabah, Melaka dan Johor,” katanya lagi.

Hadi berkata keputusan mengadakan pilihan raya umum akan dibuat oleh Kabinet dan di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Mac lalu, Pas memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga habis penggal, tahun depan.

Pendirian itu adalah muktamad bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.-AA




Rakyat Masih Letih, Pas Setuju PRU15 Ditangguh Hingga Habis Penggal – Hadi Awang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: